Breaking

Senin, 29 Mei 2017

VINGADA MILIKI KARISMA SERTA MUDAH DIDEKATI PEMAIN


Penyerang negara, Safee Sali, teruja dengan pendekatan jurulatih baru, Nelo Vingada, yang dianggap mesra pemain selain melihat pengalaman pengendali berumur 64 tahun itu cukup meyakinkan.

Menurut Safee, dia tertarik dengan pendekatan Vingada dalam sesi pertama perjumpaan dengan pemain, hari ini.

Dia melihat Vingada seorang jurulatih yang ada karisma tersendiri serta mudah didekati pemain.

Justeru, Safee yakin semua pemain mampu memberikan kerjasama terbaik kepada Vingada sepanjang dua minggu ini untuk menghadapi Lubnan, 13 Jun ini.

"Saya sudah berasa dekat dengannya, dia seorang jurulatih yang berpengalaman, jadi saya rasa tidak akan ada sebarang masalah yang akan timbul," katanya.

Sementara itu, Safee tidak mahu soal umur terus dibangkitkan sebagai isu utama oleh kebanyakan pemerhati dan peminat bola sepak.

Baginya, umur adalah sesuatu yang subjektif dan tidak menghalang pemain untuk terus berbakti kepada negara.

"Bagi saya, faktor umur sekadar bualan orang sahaja.
"Selagi kudrat masih diperlukan, insya-Allah saya akan cuba menabur bakti untuk skuad negara," tambah Safee.

Sumber : STADIUM ASTRO

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Adbox