Breaking

Senin, 29 Mei 2017

Faris Shah Akui Peluangnya Tipis Untuk Ke Sukan SEA


Pemain muda Kelantan, Mohamad Faris Shah Rosli, menganggap peluangnya untuk ke Sukan SEA Ogos ini sangat sukar biarpun kecederaan yang dialaminya semakin pulih.

Kali terakhir namanya tersenarai  ke kem latihan pusat skuad bawah 22 tahun negara adalah pada Oktober tahun lalu sebelum mengalami kecederaan ligamen lutut (ACL) yang terus memaksanya berehat panjang.

Biarpun proses  rawatan kecederaannya itu berjalan lancar, Faris tidak mahu terlalu memikirkan soal tempatnya di dalam skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee, sebaliknya mahu kembali ke tahap kecergasan sepenuhnya.

“Saya sedar tahap kecergasan untuk Sukan SEA nanti sangat penting, jadi saya serahkan segalanya kepada jurulatih untuk menilai dan membuat keputusan,” ujar Faris.

“Untuk kembali ke momentum asal memang susah disebabkan tempoh rehat yang sangat lama, 

Faris, yang dijangka kembali menjalani latihan bersama Kelantan pada Julai, juga sedar latihan tambahan amat diperlukan untuk kembali ke prestasi asal.

Berikut senarai penuh 26 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan skuad bawah 22 tahun negara:

Penjaga Gol:
Ifwat Akmal, Haziq Nadzli, Syihan Hazmi & Amierul Hakimi

Pertahanan:
Ariff Farhan, Syahmi Safari, K. Kannan, Ali Imran Alimi, Adib Zainudin, Syazwan Andik, Syazwan Zaipol & Raphi Azizan

Tengah:
Syamer Kutty Abba, Adam Nor Azlin, Azriddin Rosdi,Shamie Iszuan, Amirul Hisyam, Tommy Mawat, Danial Amier, Safawi Rasid & Khairil Anuar

Penyerang:
Syafiq Ahmad, S. Kumaahran, Jafri Firdaus Chew, Danial Ashraf & N. Thanabalan


SUMBER : STADIUM ASTRO

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Adbox