Breaking

Selasa, 23 Mei 2017

"Ramai tertanya-tanya di manakah Menteri Belia dan Sukan?" - TMJ

Image result for tmj khairy
BERKHIDMATLAH KEPADA RAKYAT DAN INSTITUSI NEGARA BUKANNYA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI

Terlebih dahulu, ucapan tahniah sekali lagi kepada pasukan Kedah yang menjadi juara Piala FA dan juga Pahang yang bergelar naib juara untuk musim ini. Menariknya, perlawanan akhir ini turut dihadiri oleh tiga Kerabat Diraja iaitu dari Kedah, Johor dan juga Pahang.

Di dalam perlawanan melibatkan sukan utama tanah air ini, ramai tertanya-tanya di manakah Menteri Belia dan Sukan? Bagi pendapat saya, beliau sepatutnya antara individu penting yang sepatutnya turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini.

Dikhabarkan beliau terlibat dengan program Askar Wataniah pada malam perlawanan Piala FA tersebut. Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Janganlah hanya memilih untuk pergi ke aturcara yang anda pasti akan menjadi tumpuan majlis tetapi apabila sebaliknya, tidak mahu pergi kerana sudah tahu anda tidak menjadi tumpuan. Apabila anda telah menjadi seorang menteri atau ahli politik, yang sebetulnya adalah mengenai berkhidmat kepada rakyat dan institusi negara, bukan berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri. Kalau setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik.

Dan kepada semua ahli politik dan wakil-wakil Pemuda, keutamaan tugas anda adalah turun padang dan berkhidmat kepada rakyat, bukannya mengira berapa banyak 'followers' di laman media sosial. Ini bukan pasal soal sukan dan bolasepak sahaja tetapi ini adalah tanggungjawab dan amanah kesemua ahli-ahli politik dalam negara.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Adbox