Breaking

Minggu, 28 Mei 2017

Media Suka Tulis Dari "Sumber Dalaman Yang Dok Tidur Dalam KAFA" Untuk Tipu Pembaca!


Melalui status terkini facebook Tan Sri Annuar Musa memberitahu bahawa sering kali melihat Media suka tulis "Sumber Dalaman" tujuan untuk menyakinkan dan menipu pembaca penyokong bolasepak Kelantan.

Tambah lagi Penasihat Kafa, Sumber Dalam yang dimaksudkan mungkin Sumber Dalaman yang dok tidur dalam KAFA yang tidak tahu apa-apa cerita sebenar.

Tan Sri Annuar Musa turut menjelaskan Pertukaran Celin sudah lama dirancang dari bulan April dan digantikan dengan pemain bajet kos dan ejen yang sama. 

Tambahnya lagi pemilihan calon pemain bukan dibuat oleh beliau(TSAM) seorang sahaja malah sudah lama berbincang dengan pengurusan KAFA, ejen dan juga jurulatih kelantan Zahasmi

Baca Dibawah adalah posting penuh yang dibuat Tan Sri Annuar Musa di laman Facebooknya, Ahad:

Ada media suka tulis "SUMBER DALAMAN"...itu satu cara nak tipu pembaca..dah byk kali saya lihat "sumber dalaman"yg sebenarnya spekulasi semata mata...

ATAU ADA SUMBER DALAMAN yg "dok tidur"dalam KAFA yg tak tahu hujung pangkal TETAPI KERANA MEDIA TERPAKSA BERLUMBA LUMBA NAK MENDAHULUI SATU SAMA LAIN MAKA KHABAR KARUT MARUT DI JADIKAN BERITA KONON NYA "SUMBER DALAMAN"

Pertukaran CELIN dah lama di rancang KAFA.Malah beliau telah di beri notis seawal April lagi.Agen nya MR GIBBY sudah lama di beritahu utk membawa pemain GANTI dgn bajet yg sama.

Zahasmi sendiri memperaku pertukaran itu...Tinggal lagi calun pengganti masih ada game hingga 25/5/17 maka segalanya di rahsiakan dulu hingga game vs Penang

Kalau ada yg beranggapan saya yg pilih BERSENDIRIAN,mereka silap besar..
Perkara ini dah lama di bincang melibatkan beberapa orang dlm pengurusan KAFA dan Agen yg terbabit..

Begitu juga soal coach...IA PERMINTAAN ZAHASMI.KITA DIAMKAN SAJA DAN TERUS MINTA DIA TERUSKAN..Jadi kita SERAH pada beliaulah...

Sebelum keputusan melepaskan GHADDAR LAGI,TOP MGT KAFA,AGEN DAN PENAJA BERBINCANG STRATEGI BILA TIADA GHADDAR....dan kita dah lama bekerja secara diam utk memenuhi perancangan bersama itu.

Hanya yg suka "TIDUR"saja selalu tertinggal kapal dan mungkin meroyan..DAN TIDAK SEMUA KERJA PERLU DI KONGSI DGN MEDIA.

HANYA BEBERAPA KERAT YG BERHEMPAS PULAS MENJAGA TRW....ramai yg mencari kesempatan tapi MENIKUS bila bab membantu.Mereka ada agenda sendiri..saya dah lama berpendirian utk membiarkan mereka..bola Kelantan tak kemana kalau nak harapkan mereka.Mereka bergembira kalau TRW DAN KAFA BERMASAALAH kerana itu peluang bagi mereka...Kalau TRW berjaya mereka terpaksa diam dan pura pura turut berpesta..Yg mereka tunggu adalah KRISIS supaya mereka berpeluang menghasut..SASARAN utama mereka sebenarnya SAYA!!!

Bagi saya BIAR MEREKA YG JUJUR DAN SANGGUP BERKORBAN UTK TRW MENCORAKKAN TRW...sehingga ada yg tampil utk memikul kerja yg SEMUA ORANG TAK MAU PIKUL INI....

Yg nak MERABAN teruslah meraban...YG NAK BEKERJA DAN MEMBANTU TRW TERUSLAH MEMBANTU...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Adbox