Penyerang PKNS FC, Khyril Muhymeen Zambri, mengakui Kedah kembali berminat mendapatkan khidmatnya, namun bekas pemain kebangsaan itu masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya.
Khyril tidak menafikan dia berasa sedikit teruja serta terkejut apabila bekas pasukan yang diwakilinya selama 10 tahun itu menghubunginya baru-baru ini.
Bagaimanapun, dia berasa serba salah membuat keputusan memandangkan PKNS memberikan peluang kedua buatnya selepas beberapa musim tidak banyak beraksi ekoran kecederaan.
Justeru, dia hanya akan membuat keputusan sebaik mengadakan perbincangan mendalam dengan pihak pengurusan.
"Pengurusan ada menghubungi saya tetapi fokus saya terarah kepada PKNS. Ini adalah tahun pertama kami naik ke Liga Super, jadi saya mahu mengucapkan terima kasih kepada jurulatih kerana kembali memberi kepercayaan kepada saya," jelasnya.
Khyril pada masa sama mengakui dia semakin serasi di PKNS, malah tahap kecergasannya sedang berada di tahap terbaik.
Jika memilih untuk kekal, pemain yang berasal dari Alor Setar ini berasa tidak ada masalah untuk terus bekerja dengan jurulatih, E.Elavarasan.
"Sebelum ini agak sukar untuk mendapat rentak kerana sudah lama tidak beraksi. Tetapi lama-kelamaan selepas mendapat rentak, Alhamdulilah saya dapat kembali ke prestasi asal," tambahnya.
Sumber : Stadium Astro
Tidak ada komentar:
Posting Komentar