Selepas Bako, Hari ini Pemain Import Pertahanan kental Kelantan, Mamadou Danso juga dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan negara beliau Gambia untuk mengharungi perlawanan bulan Jun ini.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Tan Sri Annuar Musa melalui facebooknya katanya :
" Hari ini selepas BAKO di panggil wakili negaranya, DANSO pula di panggil PERSATUAN BOLASEPAK GAMBIA utk mewakili pasukan kebangsaan mereka Jun ini All the Best " - Tan Sri Annuar Musa
Walaupun usia Futty Danso sudah mencecah 34 tahun, tetapi dengan prestasinya yang cemerlang bersama pasukan Kelantan FA, beliau dipanggil semula untuk mewakili skuad kebangsaan Gambia.
Semoga maju jaya Danso!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar