Breaking

Minggu, 21 Mei 2017

KFA akan tunaikan janji bagi ganjaran RM20,000 kepada pemain

Image result for DATUK Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah. kedah fa
ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan memberi ganjaran RM20,000 kepada setiap pemain Skuad Helang Merah, selewat-lewatnya Jumaat ini. 

Perkara itu diumumkan Presidennya yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Mad Hanipah sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya akan menunaikan janji yang sudah disuarakan kepada pasukan Kedah jika menjuarai Piala FA 2017. 

"Ganjaran RM20,000 akan disalurkan sebelum bulan puasa ini. Ini yang kita janjikan dan kita akan tunaikan," katanya.

Semalam, Kedah berjaya menundukkan Pahang dengan kemenangan tipis 3-2 di Stadium Shah Alam Kemenangan itu melenyapkan penantian sembilan tahun bagi melengkapkan koleksi ke empat selepas juara pada musim 1996, 2007 dan 2008.

Sumber : Berita Harian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Adbox