
Farizal Marlias Goalkeeper JDT bakal menghadapi hukuman berat AFC lapor Harian Metro.
Hukuman ini diberi kerana insiden kontroversi kad merah yang diterima beliau ketika perlawanan menentang Ceres Negros saingan Piala AFC tempoh hari di Filipina, Keadaan bertambah teruk apabila insiden tersebut Farizal Marlias jelas mengasari pengadil perlawanan dan mengamuk sekaligus mencemarkan perlawanan
Menurut Setiausaha Agung AFC, Datul Windsor Paul masih menunggu laporan dari pengadil perlawanan dan memanjangkan insiden tersebut ke Jawatankuasa tatatertib AFC
“Saya enggan ulas lanjut, sebaliknya kita tunggu laporan sebab sebarang keputusan yang diambil Jawatankuasa Tatatertib akan berdasarkan fakta dan butiran terkandung dalam laporan itu.” - Setiausaha Agung AFC, Datul Windsor Paul
Merujuk Sumber SemuanyaBola, Jika Farizal Marlias disahkan dihukum oleh pihak AFC, perkara ini benda paling malang menimpa mana-mana pemain kerana beliau boleh dikenakan hukuman larangan bermain untuk tempoh yang sangat lama dan juga dikenakan hukuman denda.
Maka, sudah pastinya Farizal bakal terlepas aksi Piala AFC musim hadapan dan juga tidak dapat beraksi di Liga Malaysia sepanjang tempoh hukuman kerana FAM dibawah naungan AFC
Rujukan : SemuanyaBola
Tidak ada komentar:
Posting Komentar