SETELAH hampir sebulan menjawat jawatan Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tanpa sebarang tugasan khusus, Alfredo Gonzales berpeluang membuktikan kehadirannya bukan sekadar ‘makan gaji buta’ semata-mata.
Jurulatih berasal dari Uruguay itu dilihat mungkin bakal menggantikan Zahasmi Ismail sekali gus menduduki ‘kerusi panas’ selaku pengendali baharu The Red Warriors (TRW), dalam masa terdekat.
Pengerusi Konsortium Al-Hamra, Tan Sri Annuar Musa menerusi entri Facebook miliknya, semalam, membayangkan struktur barisan kejurulatihan skuad pantai timur itu perlu dirombak jika mahu terus bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Kenyataan terbaharu bekas Presiden Kafa itu mungkin berkait rapat dengan kekecewaan beliau berhubung aksi hambar Kelantan setelah diikat seri 2-2 Pulau Pinang, pada aksi Liga Super di Kota Bharu, malam kelmarin.
“Taktikal pasukan juga perlu berubah mengikut kesesuaian baru. Mungkin pengalaman bola sepak (Amerika) Latin dari Gonzales perlu dimanfaatkan,” katanya.
Kelantan di bawah kendalian Zahasmi ketika ini menduduki tangga ketujuh dengan 14 mata selepas dipotong enam mata atas kesalahan gagal melengkapkan pendaftaran Liga-M musim 2017.
Walaupun dibelenggu pelbagai masalah termasuk kelewatan pembayaran gaji, pencapaian jurulatih berusia 51 tahun itu boleh dibanggakan apabila mengekalkan rekod bersih setiap kali pasukannya beraksi di gelanggang luar.
Sementara itu, Annuar turut membayangkan Kelantan akan membawa masuk seorang lagi tenaga import baharu dan Alessandro Celin hampir pasti bakal tersingkir sebelum jendela perpindahan pemain berakhir, 12 Jun depan.
“Saya rasa TRW perlu diperbaiki lagi. Impak pemergian Mohammed Ghaddar belum dibaiki. Bako (Abou Bakr Al-Mel) nampak sedikit tertekan malam tadi (ketika bertemu Pulau Pinang).
“Dia harus bermain di posisi sebenar iaitu pemain tengah menyerang dan bukannya penyerang utama. Jadi tempat Celin dan Ghaddar perlu diganti seorang penyerang,” katanya.
Sumber : SINAR HARIAN

Tidak ada komentar:
Posting Komentar