Breaking

Sabtu, 27 Mei 2017

FIFPro Persoal FAM Kenapa KAFA Boleh Ambil Pemain Baru Tanpa Bayar Hutang McKain

Related image

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pemain Profesional Antarabangsa (FIFPro) menyifatkan tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menandatangani pemain import baharu tanpa menyelesaikan tunggakan gaji pemain lama sebagai memalukan.

Kenyataan terbabit dibuat menerusi akaun Twitter rasmi FIFPro selepas melihat KAFA yang belum membayar gaji bekas pemain importnya, Jonathan McKain, menandatangani pemain baharu tanpa halangan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Situasi ini memalukan, FAM. Jonathan adalah antara pemain yang ditipu. Sistem yang gagal. Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) perlu siasat perkara ini.

"Ketika kami berusaha melakukan pelbagai cara bagi memajukan bola sepak dan bergerak ke hadapan, kami gagal untuk memastikan setiap pemain mendapat bayaran," kata FIFPro menerusi akaun rasmi Twitter (@FIFPro), hari ini.


Tweet terbabit adalah balasan kepada tweet McKain sebelum itu yang turut menempelak tindakan KAFA kerana dilihat tidak acuh menyelesaikan tunggakan gajinya.

"Sukar dipercayai. KAFA boleh terus menandatangani pemain baharu tanpa menyelesaikan hutang lama. Tindakan ini adalah tidak sopan dan salah," katanya menerusi akaun Twitter @JonnyMcKain.

Selepas melepaskan penyerang sensasi Lubnan, Mohammed Ghaddar ke Johor Darul Ta'zim (JDT), KAFA menandatangani dua pemain baharu iaitu Abou Bakr El Mel dari Lubnan dan Seydi L Imam kelahiran Perancis bagi menggantikan Alessandro Celin yang digugurkan.

Ini bukan kali pertama FAM mendapat perhatian persatuan antarabangsa terbabit kerana FIFPro sebelum ini pernah mempersoalkan tindakan badan induk itu membenarkan KAFA menandatangani pemain import dan jurulatih baharu, sedangkan pasukan itu masih berdepan dengan masalah tunggakan gaji.

Sumber : BERITA HARIAN

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Adbox